Pemain buangan United kini jadi buruan kelab ternama

London: Kebangkitan menakjubkan Jesse Lingard mungkin membolehkan pemain tengah itu berpindah ke Real Madrid, menurut laporan hari ni.

Gergasi La Liga itu antara beberapa kelab yang berminat mendapatkan khidmat pemain antarabangsa England terbabit selepas cemerlang di West Ham.

Sejak dipinjamkan ke Hammers pada Januari lalu, dia sudah meledak lapan jaringan dan mencipta empat bantuan gol serta hanya tewas sekali dalam sembilan perlawanan membabitkan pemain itu.

Lingard kini berada dalam radar Real Madrid, Paris Saint-Germain dan Inter Milan seperti yang dilaporkan ESPN.

Liga Juara-Juara dikatakan menjadi keinginan Lingard musim depan dan United mengejutkan banyak pihak apabila melanjutkan kontraknya sehingga Jun 2022 pada Disember lalu.

Tetapi United boleh menjualnya pada musim panas jika mendapat tawaran lumayan. Perpindahan kekal ke West Ham juga menjadi pilihan tetapi pemain berusia 28 tahun itu dilaporkan tidak berminat jika ditukarkan dengan ketua pasukan, Declan Rice.

Rundingan mengenai perpindahan belum lagi bermula dan SunSport mendedahkan Arsenal turut berminat mendapatkan khidmat pemain England itu.

sumber : Merto Arena