MANCHESTER IS RED

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer memuji kerja keras Manchester United ketika menamatkan rekod 21 perlawanan tanpa kalah Manchester City dengan melakar kemenangan 2-0 di Etihad pagi tadi.

United kekal di tangga kedua Liga Perdana Inggeris dengan 54 mata, 11 mata di belakang City ketika liga berbaki 10 perlawanan.

Biarpun Red Devils masih sukar untuk mencabar kejuaraan, namun Solskjaer gembira dengan persembahan pasukannya terutama gol kedua yang dihasilkan Luke Shaw.

Anthony Martial juga cemerlang mempamer aksi serba boleh, manakala Bruno Fernandes mencetak nama sebagai penjaring dengan menyudahkan sepakan penalti di minit keenam.

“Kami telah banyak menderita. Pemain-pemain ini bekerja keras untuk memperbaiki keputusan pasukan.

“Pengalaman yang kami lalui mampu membantu pasukan menghadapi cabaran akan datang.

“Masih ada 10 perlawanan menunggu. Mereka (City) terlalu jauh di depan , jadi kami tidak harus memikirkan tentang mereka hanya cuba memenangi semua baki perlawanan,” kata Solskjaer. – AGENSI

SUMBER : UTASAN MALAYSIA