Anak Rooney sertai United

London: Anak Wayne Rooney, Kai mengikut jejak langkah bapanya dengan menyertai Manchester United.

Pemegang rekod penjaring terbanyak United itu memuat naik gambar di media sosial menunjukkan anaknya yang berusia 11 tahun iaitu, anak sulung daripada empat beradik itu, menandatangani kontrak bersama bekas kelab bapanya.

Rooney menyertakan kapsyen di gambar berkenaan dengan menyatakan beliau sangat bangga dengan keputusan berkenaan.

“Hari yang membanggakan. Kai menandatangani kontrak bersama Manchester United. Terus bekerja keras anakku,” kata Rooney.

Rooney, 38, sekarang ini bertindak sebagai pengurus sementara kelab Liga Kejuaraan, Derby dan beliau menyertai United dari Everton pada 2004 ketika masih remaja.

Bekas penyerang England itu menabur bakti di Old Trafford selama 13 tahun dengan meledak 253 gol dalam 559 penampilan dan memecahkan rekod Bobby Charlton pada Januari 2017.

Isteri Roonye, Coleen pula memuat naik di Instagram bahawa ia adalah malam yang sangat istimewa.

“Malam istimewa, tahniah Kai. Saya sayang dan sangat bangga dengan anda. Terus berusaha berikan yang terbaik,” Coleen.

sumber harian metro